ANGIN SENJA DI TERENGGANU part 5

      Di rumah pula, Normah masih belum berpuas hati kepada adiknya iaitu Arif kerana tidak sempat bertanya dengan lebih lanjut kepadanya pada petang tadi. Normah yang berada di dalam biliknya sedang mengulang kaji pelajaran tetapi buku Fizik itu hanya dibelek-beleknya sahaja kerana fikiran Normah asyik memikirkan tentang Arif. Normah tidak memberitahu Azman tentang ini kerana dia tidak mahu Arif dipukul kerana dia tahu Azman memang tidak suka kepada orang yang merokok apatah lagi Arif itu adalah adiknya sendiri. Sementara itu, Azman pula ke kedai untuk membeli mentol lampu bilik airnya yang tiba-tiba terbakar tadi. Setibanya Azman di kedai runcit yang tidak jauh dari rumahnya itu, Azman memilih mentol yang sesuai dan terus membayarnya. Selepas itu Azman terus menuju ke motorsikalnya untuk pulang dan secara tiba-tiba Umi menyapanya dari belakang. “ mang “ kata Umi kepada Azman. Azman terus berpaling ke belakang dan berkata “ eh Umi, kite dok perasang starang Umi ade sining “. Umi berkata lagi dengan senyumannya yang manis “  saye lame doh ade sining, duk nunggu orang mesing nyor orr sebak mok saye nok wak gulai esok, orang tu je hok dok perasang kite..hehe “. Azman tersengih dan malu-malu untuk bercakap dengan Umi. Mereka bersembang untuk seketika sebelum Azman pulang ke rumah.

         waktu menunjukkan pukul 1 pagi dan suasana riuh-rendah tadi bertukar menjadi  sunyi sepi di kampung itu. Rakan-rakan Arif telah mula pulang ke rumah masing-masing kecuali Arif yang masih mahu menyelesaikan misinya untuk membalas dendam. Arif telah meminta Mail untuk menemaninya ke rumah Atikah iaitu rakan baik kepada kakaknya Normah. “ mail, temang aku jak, mung doksoh balik ag “ kata Arif kepada Mail. Arif terpaksa meminta tolong dari Mail kerana dia tidak mempunyai motorsikal. Lalu Mail bertanya kepada Arif “ mung nok gi tang kuane pulok pagi-pagi buta er, esok kite skoloh la boh “. Arif berkeras untuk meminta Mail menemaninya dan akhirnya Mail terpaksa mengalah dengan pujukan Arif. Mereka menuju ke rumah Atikah yang tidak jauh dari situ. Mail menunggang motorsikal manakala Arif menjadi pembonceng. Setelah beberapa minit perjalanan, mereka telah sampai di rumah Atikah. “ giler ke mende mung ning malang-malang bute mari rumoh orang “ kata Mail yang dalam ketakutan. Arif pula menjawab “ mung duk sining diang-diang, biar aku masuk dalang jak “. Pada ketika itu, keadaan di dalam rumah Atikah gelap gelita kerana Atikah dan keluarganya sudah nyenyak tidur. Arif memulakan misinya dengan memanjat pagar rumah Atikah dan menghampiri kereta milik keluarga Atikah. Keempat-empat tayar kereta itu dibocorkan sehingga pancit dan motorsikal milik Atikah untuk berulang-alik ke sekolah juga turut dipancitkan olehnya. “ molek, kemah keming..baru hero Marang orang kate “ kata Arif di dalam hati setelah selesai memancitkan tayar kereta dan motorsikal Atikah. Selepas itu Arif memanjat pagar untuk keluar dan terus menaiki motorsikal Mail untuk pulang ke rumah masing-masing.

       Pada keesokan paginya seperti biasa di rumah Azman, Azman bersiap-siap untuk ke tempat kerja manakala ibunya menjual kuih-muih di depan rumah. Arif, Normah, Aizat dan Nora masing-masing sudah ke sekolah. Di rumah Atikah pula, Ayahnya cukup marah kerana tidak dapat ke tempat kerja akibat tayar kereta sudah dipancitkan oleh Arif semalam. Atikah juga berasa sedih kerana tidak dapat ke sekolah setelah tayar motorsikalnya dipancitkan. “ piye pulok la gi pacik tayar kete nge muto kite ning!! “ kata Ayah Atikah dalam keadaan marah. Atikah menjawab “ dop tau gop ayoh, nok kate tayar ning pacik diri dok logik sebak pacik belake tayar kete nge muto “. Ibu Atikah pula berkata kepada suaminya dan Atikah “ soheh ade orang dok wahi ke kite ning,emmm..macang-macang peseng orang lening “. Atikah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini manakala ayahnya juga tidak dapat ke tempat kerja. Di sekolah, Normah tertanya-tanya mengapa Atikah tidak hadir ke sekolah pada hari ini.



NANTIKAN SAMBUNGANNYA...........................


PECAH KACA PECAH CERMIN SUDAH BACA HARAP KOMEN

0 budak jeles:

Post a Comment