ANGIN SENJA DI TERENGGANU

    Azman tinggal di Pengkalan Berangan iaitu terletak di dalam daerah Marang di Terengganu. Azman berumur  21 tahun dan bekerja sebagai staf di sebuah syarikat di Kuala Terengganu. Ayah Azman telah meninggal dunia setahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya apabila pulang dari tempat kerja dan mengalami kecederaan yang teruk sehingga meninggal dunia  dalam perjalanan ke Hospital. Peristiwa ini telah menyebabkan Azman terpaksa berhenti belajar di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) di Shah Alam, Selangor untuk membantu keluarganya apabila kehilangan ayah yang tersayang. Oleh disebabkan dia ialah seorang anak sulong dan mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam keluarga, dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bekerja untuk menyara keluarganya yang daif. Dia mempunyai 4 orang adik yang masih bersekolah iaitu Normah yang berusia 17 tahun, Arif  yang berusia 15 tahun, Aizat  yang berusia 12 tahun dan yang bongsu bernama Nora berusia 6 tahun. Ibunya pula bernama Fatimah berusia 48 tahun dan hanya menjual kuih pada waktu pagi di depan rumahnya.

      Pada suatu petang , Azman termenung seketika di jendela rumahnya di kala mentari mula melabuhkan tirai sambil angin sempoi-sempoi bertiup menyentuh wajahnya. Ibunya pula sedang menyapu di halaman rumah sambil ditemani jiran sebelah rumahnya. Dalam waktu yang sama adiknya yang bernama Normah baru pulang  menaiki basikal selepas mengulang kaji pelajaran di rumah kawannya yang tidak jauh dari situ. Normah menyapa Azman yang sedang termenung di jendela, “  pahceroh duk nengung abang aku sorang er,duk mikir nape dop au “ kata normah kepada Azman. Lalu Azman pun menjawab sambil ketawa perlahan “ kejut aku mung ning , dok reti buwi salang dulu ke sebelong tegur org or..hehehe “. Normah pun terus berlalu ke dalam biliknya sambil tersenyum kepada Azman. Azman pun meneruskan lamunannya sambil di dalam hati berkata “ ayoh, kalu ayoh ade lagi kang sedak, dok la Azmang nengung gining sokmo, Azmang rindu ayoh “. Ibunya  masuk ke dalam rumah selepas selesai menyapu sampah di halaman rumah. Ibunya terpandang Azman yang sedang asyik termenung “ Mang, doh doh la tu,gi mandi or..nok kt garik doh ning “. Azman hanya tersenyum dan terus berlalu untuk mandi. Sementara adiknya Arif sedang bersiap-siap untuk keluar melepak bersama rakan-rakannya. Lalu ibunya menegur  “ arih, mung nok gi tang kuane pulok garik2 ning? “ .Lalu Arif pun menjawab pertanyaan ibunya dengan nada suara yang tinggi “ ade ah mok kije orang, soh beng nyibuk ah “. Lalu Ibunya menjawab “ mok nok tanye pong dop buleh ke arih?? Berat do’oh doh mung ning,garik2 nok deghak lagi. Mung kalu kluor mase ning pukul dua belah malang baru nok balik, nok jadi mnde mung ning?? “. Arif menjawab lagi dengan nada yang agak kasar  “ dok care ah, orang besor doh.panda-panda la orang jage diri “. Lalu Arif keluar rumah membonceng motosikal rakannya yang sudah lama menunggu di depan rumahnya.

nantikan sambunganya.........


PECAH KACA PECAH CERMIN SUDAH BACA HARAP KOMEN

0 budak jeles:

Post a Comment