Ibunya merasa sedih dengan sikap anaknya Arif yang sering keluar dan pulang lewat malam lalu dia terus ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat maghrib. Mereka solat berjemaah sekeluarga dengan diimamkan oleh Azman dan hanya Arif yang tiada di situ. Setelah selesai solat jemaah,Azman dan ibunya berada di ruang tamu manakala Normah dan Aizat sedang mengulang kaji pelajaran. Adik bongsunya Nora sedang makan di dapur. Azman dan ibunya berbual di ruang tamu dan perbualan itu dimulakan oleh ibunya “ mang, mung nasihak gop sket adik mung arih or, kluor sokmo malang-malang,doh la tahung ning ye PMR “. Lalu Azman menjawab “ lok ye la mok, besor jalor doh,reti pikir doh hok ane se baik hok ane se buruk “. Ibunya pula berkata “ memang besor jalor doh, tapi peranga supe budok kecik. Nok suruh mayang pong susoh “.  Azman berkata lagi “ kalu zamang mang dulu, kene piyak di ayoh doh, memang keliling rumoh la ye kejor mang..hehe “. Azman ketawa tetapi di wajahnya jelas menggambarkan kesedihannya. Setelah rancak berbual, tiba-tiba telefon bimbit Azman berbunyi disebabkan ade mesej yang baru sampai. Azman membuka mesej tersebut dan melihat mesej yang telah dihantar oleh Aida. Aida ialah seorang teman rapat Azman di tempat kerja. Aida berasal dari Jerteh, Besut dan kini menetap di Kuala Terengganu disebabkan bertugas di situ. Azman berbalas-balas mesej dengan Aida sehinggalah terlelap sampai keesokan paginya.

         Ayam pun telah berkokok dan Ibu Azman telah bangun awal pagi untuk siapkan kuih-muih yang hendak dijual. Normah, Aizat dan Nora sedang bersiap-siap untuk ke sekolah manakala Arif masih lagi dibuai mimpi. Azman telah masuk ke bilik Arif untuk kejutkan dia yang masih lena. “ Arih!!! Bangung la wei,pukul wape doh ning “ jerit Azman kepada Arif. Arif tidak menghiraukan dan meneruskan mimpinya. Lalu Azman menjerit buat kali kedua “ degil mung ning op!!!, bangung la ke nok aku piyak mung baru nok bangung “. Arif masih lagi tidak menghiraukan jeritan Azman. Azman terus mengoncang badan Arif sambil berkata “ dunia nok kiamat doh ning!!! Bangung bangung!! “. Lalu Arif berkata “ bising bangor mung ning pagi-pagi,aku nok tido pong dok senang “. Arif terus bangun dan mencapai tuala untuk bersiap ke sekolah. Normah,Aizat dan Nora menaiki basikal untuk ke sekolah manakala Arif membonceng motosikal rakannya. Selepas adik-adiknya sudah ke sekolah,giliran Azman pula bersiap untuk ke tempat kerja manakala ibunya masih menjual kuih di hadapan rumah. Sedang ibunya menjual kuih,datang seorang perempuan yang bernama Umi untuk membeli kuih. Umi ialah bekas kekasih Azman pada zaman sekolah menengah dahulu. “ mok cik,nok beli karipak dua riyal, pah tu nasik lemok dua bukuh “ kata Umi.  “ lame dop napok umi,pah mane?? Hehe “ kata Ibu Azman sambil ketawa perlahan. Umi menjawab “ lening saya blajo lagi mokcik,ijazoh kt Universiti Darul Iman ( UDM ) “. “ doh lening tengoh cuti sem ke guane?? “ tanye Ibu Azman kepada Umi. Lalu Umi menjawab sambil bergurau “ hola mokcik,sebak tu buleh mari beli kuey ning,kalu dop,dop mari doh sining..hehe “. Ketika Ibu Azman dan Umi sedang rancak berbual, Azman keluar dari rumah untuk memanaskan enjin motorsikalnya. Azman terpandang wajah bekas kekasihnya dahulu Umi yang sedang bersembang dengan ibunya, Azman bagaikan kaku kerana terkejut akan kehadiran Umi. Ini adalah disebabkan kerana terlalu lama Azman tidak bertemu dengan Umi selepas tamat zaman persekolahan dahulu. Di dalam hati Azman masih memendam rasa cinta terhadap Umi walaupun telah lama berpisah. Azman menghampiri Umi lalu menegurnya dengan berkata“ Assalamualaikum Umi , lame dok napok, guane cite lening? “. Umi memandang wajah Azman lalu secara tiba-tiba perbualan dia dengan ibu Azman terhenti. 

       Ibu Azman menyampuk kerana melihat mereka berdua bagaikan kaku saling memandang antara satu sama lain “ mang, saing lame mung ning umi,wak-wak dok kenal pulok doh…hehe “ kata Ibu Azman ketawa.  Lalu Umi pun menjawab teguran Azman tadi “ waalaikumusalam, kite gini la…same je supe dulu..hehe “. Mereka berdua sempat berbual untuk beberapa minit sebelum Azman berangkat ke tempat kerja. Di Sekolah pula, loceng waktu rehat telah berbunyi dan Normah bersama rakan-rakannya ke Kantin. Dalam perjalanan ke Kantin, Normah dan Atikah berbual. Atikah ialah salah seorang rakan yang paling rapat dengan Normah. “ mung nok tau dok se cite er “ tanye Atikah kepada Normah. “ cite nape pulok mung ning tikah, wahi la wak saspeng ke aku..hehehe “ jawab Normah sambil ketawa.  “ malang op mase aku nok gi keda,aku napok adik mung arih depang rumoh saing ye “ kata Atikah. Normah bertanya lagi kepada Atikah “ doh bakpe pulok?? Ye memang gitu sokmo doh, malang-malang pukul dua belah baru nok balik dumoh “. Lalu Atikah memulakan ceritanya “ hok tu aku tau doh, hok aku nok kabo ning tangang ye berasak malang aku napok “. Normah berkata lagi dengan nada yang terkejut “ berasak??? Maksud mung adik aku isak rokok ke wane er, mung cakak molek, jangang maing tuduh-tuduh gitu “. Atikah menjawab lagi “ owoh, sungguh la. Dokkang aku nok cakak nawok nge mung, mung saing baik aku kang “. Selepas itu Normah tidak berkata apa-apa kerana terkejut dengan apa yang diberitahu oleh rakannya itu.


PECAH KACA PECAH CERMIN SUDAH BACA HARAP KOMEN

2 budak jeles:

CikTeddyCorner said...

ade smbungan lgi ke lps ni?huhu

areswat macheda said...

ade2....heheheh
tunggu je...

Post a Comment