ANGIN SENJA DI TERENGGANU part 6

   Selepas waktu persekolahan tamat, Normah terus pulang ke rumahnya. Sampainya dia di rumah dia terus menelefon rakan baiknya iaitu Atikah untuk menanyakan sebab mengapa dia tidak hadir ke sekolah pada hari ini. Atikah telah menceritakan kepada dia tentang apa yang telah terjadi. Normah berasa pelik kerana tiba-tiba tayar motorsikal dan kereta di rumah Atikah telah dibocorkan. Di dalam hati Normah berkata “ piye pulok hok wak jahat ke atikah er, dokkang arih kot wak gitu…”. Normah tidak mahu menuduh Arif di atas kejadian yang berlaku kepada Atikah kerana dia yakin adiknya itu tidak akan melakukan perkara di luar dugaannya.  Dalam waktu yang sama, Azman sedang makan tengah hari bersama Aida di kedai makan yang berhampiran dengan tempat kerjanya. “ guano awok makey sket sangak, sayur awok dok ambek, makey ikey sajo ko..hehe “ Tanya Aida kepada Azman setelah melihat Azman hanya mengambil lauk singgang ikan. Lalu Azman pun menjawab “  kene jimak la, pitih dalang wallet pong tinggal dok wape riyal je..hehe “. Aida berkata lagi “ masalahnyo loni sayo tengok awok tiak2 ari makey lauk samo jah “. Azman menjawab “ dakpe la, biase doh makang lauk gining, dumoh saye pong lauk ning gop..huhu “. Aida hanya tersenyum dan meneruskan menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Di dalam hati Aida sebenarnya dia amat menyukai Azman dan sayangkannya tetapi dia malu untuk berterus-terang. Selepas mereka makan dan kini berada di kaunter untuk membayar, Aida berkata kepada Azman “ awok , hari nih sayo belanjo awok “. Lalu Azman dengan laju menjawab “ eh dakpe dakpe, saye buleh bayor diri, muroh je lauk hok saye makang sakning “. Aida berkeras juga mahu membayar harga makanan Azman dan akhirnya Azman terpaksa berterima kasih juga kepada Aida kerana sudi membelanjanya. Mereka telah pulang ke tempat kerja dan melakukan tugas masing-masing.

       Di rumah pula Normah masih lagi menunggu adiknya Arif pulang dari sekolah untuk bertanyakan lagi dengan lebih lanjut tentang rokok. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang tetapi Arif masih belum pulang. “ mah, pah mane adik mung er dok balik-balik lagi dari takdi “ tanya ibunya kepada Normah. Lalu Normah menjawab “ dok tau la mok, saye tengoh tunggu ye la ning “. Ibunya pula berkata “ lame ning dok rajing pulok ye balik lewat gini mer “. Normah dan Ibunya masih menunggu Arif pulang ke rumah. Dalam waktu yang sama, Arif bersama rakan-rakannya tengah melepak di Bandar Marang selepas mandi di sungai apabila pulang dari sekolah tadi.

      Waktu sudah menunjukkan jam 5 petang dan Azman bersiap-siap untuk pulang ke rumah dari tempat kerja. Secara tiba-tiba Aida menghampirinya dan menegur “ awok, nok balik doh ko “. Azman menjawab “ hola, lewat doh tek pong..bakpe?? “. Aida dengan perasaan malu-malu  berkata “ benar, sayo nok ajok awok temey sayo metar, ambek angin kat pata batu burok , puah sayo petey-petey gini, takdok sapo nok temey sayo..hehe “. Azman menjawab lagi “ dokleh la awok, maah deh, saye takot mok saye bimbang je kekgi bile saye balik lambak’ . “ temey la sayo metar, bukey sokmo kito nok menikmati keindahey aley petey-petey gini… “ kata Aida. Aida memujuk Azman untuk menemaninya mengambil angin sambil menikmati keindahan pantai Batu Burok pada waktu petang. Azman seorang yang lembut hati terus bersetuju untuk menemani Aida. Aida telah mengajak Azman untuk menaiki keretanya untuk ke pantai Batu Burok…..


NANTIKAN SAMBUNGANNYA...............


PECAH KACA PECAH CERMIN SUDAH BACA HARAP KOMEN

0 budak jeles:

Post a Comment