ANGIN SENJA DI TERENGGANU part 4

     Arif yang masih mengantuk tiba-tiba terasa segar setelah dikejutkan oleh kakaknya Normah sebentar tadi. Di dalam hati Arif berkata “ fuhhh, selamak aku terik ning, kalu dop kene napor doh aku sakning “. Arif  bertanya sendiri di dalam hati dan terfikir-fikir siapakah yang memberitahu kepada Normah tentang kes dia ini. “ haaaaaa, aku ase aku buleh agok doh piye kabo ke kak aku orr, siak la mung kekgi…mung tengok “ kata Arif dalam hati yang masih dalam keadaan marah. Arif terus bangun dari tempat tidurnya dan terus ke bilik air untuk mandi.  Tidak lama kemudian Azman sampai di rumahnya. Sebelum masuk ke dalam rumah, Azman masih sempat memandang ke arah pokok rambutan di situ. Azman teringat akan arwah ayahnya kerana pokok rambutan itu ditanam oleh arwah bertahun-tahun yang lalu. Waktu pada masa itu jam 6.30 petang dan pada waktu yang sama Arif sedang bersiap untuk keluar rumah bersama rakannya. Lamunan Azman terhenti setelah terlihat adiknya iaitu Arif sedang memakai selipar. Azman berkata kepada Arif “ arih, mung nok gi duane or?? Doh-doh la kluor mase ning, nok kt garik doh “. Arif pula menjawab sambil bergurau “ puahsang etep duk dumoh ning, aku dakpe,walupong aku dop mayang dumoh,tapi aku gi mayang sura nung..hehe “. Azman pula berkata “ ikok panda mung la,besor jalor doh, malah aku nok care”. Azman hanya tersenyum kepada Arif dan Arif berlalu pergi dengan membonceng motorsikal rakannya yang sudah menunggu.  Azman tidak pernah melarang adiknya untuk keluar malam walaupun dia seorang yang tegas. Azman terus masuk ke dalam rumah setelah Arif berlalu pergi.

       Setelah selesai solat Isyak, Umi iaitu bekas kekasih Azman di zaman persekolahan dahulu baring-baring di atas katil sambil mendengar radio di dalam biliknya. Kebetulan Umi mendengar radio,lagu bukan ku tak sudi nyanyian kumpulan Iklim telah diputarkan oleh DJ radio tersebut. Lagu tersebut telah mengingatkan Umi kepada bekas kekasihnya dahulu iaitu Azman. Umi terkenang kembali kisah percintaan mereka dahulu sambil melayan lagu tersebut. Umi teringat kembali kata-kata selamat tinggal yang diucapkan olehnya kepada Azman sebelum berangkat ke Kedah untuk sambung belajar di Matrikulasi. Umi mengucapkan kata putus kepada Azman kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran di Matrikulasi pada masa itu dan kini Umi melanjutkan pelajaran ijazah di Universiti Darul Iman ( UDM ). Kadangkala timbul juga rasa penyesalan di dalam diri Umi tetapi Umi menganggap semua itu sudah takdir dari Yang Maha Esa.

       Sementara itu pula adik Azman iaitu Arif telah melepak di rumah kawannya sedang rancak berbual. Arif telah menyalakan sebatang rokok dan menghembuskan asap dengan bermacam-macam gaya. “ mail, aku tengoh panah ati lening er “ kata Arif kepada salah seorang rakannya iaitu Ismail atau nama gelarannya ialah Mail. Lalu Mail bertanya kepada Arif  “ bakpe pulok tibe-tibe mung panah ati err,acu kabo ke aku, aku nok gi lepok skali budok hok wak mung panah ati or..hahaha “. “ gining cite ye boh, petang takdi kak aku tanye pasal aku isak rokok malang “ jawab Arif dengan muka yang serius. Mail pula berkata sambil bergurau “ ye dop mung nie ?? aku tengok muke mung takdop lebang pong kene napor di kak mung..hahaha..”. Arif menjelaskan lagi kepada Mail “ kak aku dok dang kot nok napor aku sakning…hahaha...aku ase r, budok tikah tu kabo ke kak aku sebak ye saing rapak kak aku..mung dok perasang ke malang ye lalu sining,pah tu tengok aku macang pelik je “. Lalu Mail pun berkata lagi “ comey tikah tu boh, baik mung gi ngejah ye..hehe “. “ rezak aku nge mung ning,aku cakak laing,mung cakak soal ngejah pulok..aku dok layang orang puang eh, bukang macang abang aku Azmang or jiwang karat…hahaha..aku hero Marang la boh, skali orang wak taik nge aku, memang aku dok lepah “ kata Arif sambil menghembuskan asap rokok ke udara. Mail bertanya lagi “ doh mung nok wak gape ke tikah or, mung doksoh wak bende pelik-pelik la “. Arif menjawab dengan serius “ mung sohbeng wak bolok la , aku tau kije aku…ning hero Marang, mung tengok je la nape hok berlaku kekgi “. Mail yang masih bingung dengan kata-kata Arif tidak mahu terlibat dengan hal Arif kerana dia tahu Arif ini sanggup lakukan apa sahaja untuk kepuasan hatinya.


NANTIKAN SAMBUNGANNYA.......


PECAH KACA PECAH CERMIN SUDAH BACA HARAP KOMEN

0 budak jeles:

Post a Comment