angin senja di terengganu part 3

     Di tempat kerja pula, Azman sibuk kerana sedang menyiapkan laporan untuk dihantar kepada pengurus syarikat. Pengurus syarikat yang bernama Encik Din baru pulang bermesyuarat di luar menghampiri Azman lalu berkata “ Mang, petang ning saye nok report hok saye suruh awok wak ade atah meja saye sebelong pukul5 petang “. Azman menjawab “ bereh cik ding “. Encik Din terus berlalu memasuki pejabatnya. Aida seorang teman rapat Azman berasal dari Besut  yang berada di meja bersebelahannya menegur Azman. Aida bertanya  “ banyok lagi ko kijo nok keno wak “. Azman menjawab “ banyok la gop,pening pale saye nok buleh ke siap bende alah ning..hehe “.Azman dan Aida meneruskan tugas masing-masing.

         Jam di dinding rumah menunjukkan pukul 3 petang, Normah masih duduk termenung di atas kerusi sambil menunggu Arif pulang dari sekolah. Aizat dan Nora sedang nyenyak tidur di ruang tamu selepas selesai melakukan kerja sekolah. “ mah,mung duk nengung mnde or…dari takdi ag mok tgok mung atah kusi ning “ tegur Ibunya sambil duduk bersebelahan Normah. “ takdok nape eh mok, saje je duk nunggu arih balik “ jawab Normah. Ibunya berkata pula “ aii,lame ning mok dok rajing tengok pong mung tunggu adik mung balik skoloh,ade nape ke ning?? Hehe “. Normah serba salah untuk memberitahu perkara sebenar tentang Arif kepada ibunya kerana dia tidak mahu ibunya menangis di atas sikap Arif itu. Lalu Normah pun menjawab “ takdok mende pong mok eh, saje je…huhu “. Di dalam hati normah berkata “ owoh..mok ade pulok sining,guane aku nok tanye arih pasal rokok kalu mok ade sining..doh la ye jarang ade dumoh “. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi enjin motorsikal di halaman rumahnya. Normah menjenguk di tingkap melihat adiknya Arif baru pulang bersama rakannya. Dalam waktu yang sama ibunya masih berada di sebelahnya sambil di dalam hati Normah berkata lagi “ berat doh la, takdok cang la kalu gining gop aku nok tanye ye pasal rokok, rezakkk nguh“. Arif terus masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan kakak dan ibunya yang masih berada di ruang tamu.

        Petang pun menjelma, Azman bersiap untuk pulang ke rumahnya dari tempat kerja. Semasa Azman tengah membetulkan topi keledarnya, Aida menghampirinya dan menegur Azman dengan berkata “ siey sayo tengok awok ni benar, uley alik tiak2 ari “. Azman pun menjawab “ nok wak guane aida, cari rezeki orang kate…hehe “. Lalu Aida pun berkata “ memey la awok, tapi jauh..bakpo awok dok cari rumoh sini jah,dekat sket “. Azman menjawab “ gaji hok ade ni pong dok cukupang, nok bayor rumoh saye kt marang ag, adik-adik ag skoloh..bukang macang Aida, gaji mahal..ade kete..kite ning paka muto buruk je..hehe “. Aida tersenyum dan berkata “ takpo la awok eh,sayo balik dulu,bowok muto molek deh “. Aida pun terus berlalu ke tempat letak kereta untuk ke keretanya. Azman terus hidupkan enjin motorsikalnya dan pulang ke rumahnya di Marang. Sementara itu Normah masih mencari peluang yang terbaik untuk bertanyakan kepada Arif tentang apa yang diceritakan oleh rakannya di sekolah tadi. Ibunya tengah bersembang dengan jiran sebelah di halaman rumah manakala Arif pula sedang nyenyak tidur di biliknya. Normah yang masih menunggu Arif keluar dari biliknya berkata di dalam hati “ dok jadi gining, sapa bile aku nok kene tunggu ye “. Normah dengan perasaan geram terus melulu masuk ke dalam bilik Arif. “ arih, kak nok tanye sket ning, bangung la “. Arif yang sedang nyenyak tidur tersentak kerana terkejut Normah secara tiba-tiba masuk ke dalam biliknya untuk bertanyakan sesuatu. Arif bertanya “ tanye gape gop kak, kaca orang tidur je la ye ning “. Lalu Normah bertanya “ kak dengor cite mung isak rokok lening..betul ke dok mung isak rokok?? “. Muka Arif seakan-akan terkejut apabila mendengar pertanyaan kakaknya itu. Arif menjawab pertanyaan kakaknya itu dengan tergagap-gagap “ dok dok dok kak, mane ade,pi pi piye kabo ke kak er” . Normah berkata lagi “ kalu mung dok isak, doh bakpe mung jawak ketor-ketor gitu, mung isak op?? derah ngaku “. Tiba-tiba terdengar suara ibunya di halaman rumah memanggil nama Normah “ mah…..!!! gi keda jak beli nyor, mok nok masok malang ning xdok lauk doh “. Belum sempat Normah bertanyakan dengan lebih lanjut kepada Arif, Normah terus keluar dari bilik adiknya itu untuk mengambil tudung dan terus ke kedai dengan basikal...


NANTIKAN SAMBUNGANNYA........


PECAH KACA PECAH CERMIN SUDAH BACA HARAP KOMEN

0 budak jeles:

Post a Comment